Tatkala kesusahan datang membelenggu, antara pilihan yag pasti kita buat adalah berhutang. Tapi beringatlah, hutang adalah suatu yang tidak boleh diambil mudah atau dipandang remeh. Sekiranya kita berhutang, jadi segerakanlah membayarnya apabila mampu kerana makin banyak beban yang dipikul pasti lebih berat perjalanan yang kita hadapi seterusnya-bukan sahaja di dunia malah juga akhirat. Kesan tidak membayar hutang juga boleh dibawa mati sehingga terdapat hadis yang menyatakan roh orang mati akan tergantung diawangan selagi hutang tidak diselesaikan oleh warisnya. Jadi adalah lebih baik sekiranya kita kurangkan berhutang dan lebih baik lagi mengelakkan hutang. Antara beberapa hadis tentang hutang :-
Dari Abdullah bin Abu Qatadah r.a, katanya:”Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya. Dia berkata kepada Abu Qatadah,:”Aku sedang dalam kesulitan.” Maka berkata Abu Qatadah:“Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,:”Sesiapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya dari hutang.”
(Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: “ Roh “orang mati “ yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.”
(Riwayat Bukhari )
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Seseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda:”Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.”
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.”
(Riwayat Muslim dan Imam Ahmad)
Labels: hutang
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)