Islamic Chalighraphy

AMALAN RASULULLAH KETIKA DI BULAN RAMADHAN

Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "... bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari)

Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

Mengerjakan umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku." (Hadis riwayat Bukhari)

Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. 
Share

1. Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)


2. “Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang Mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu … .” (QS. Al Baqarah : 221)


3. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .” (QS. An Nur : 26)


4. “Maka wanita-wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya, oleh karena itu Allah memelihara mereka.” (QS. An Nisa’ : 34)


5. “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR. Muslim)


6. Dari Anas bin Malik, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : ” … kawinilah perempuan penyayang dan banyak anak … .” (HR. Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)


7. Dari Jabir, dia berkata, saya telah menikah maka kemudian saya mendatangi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan bersabda beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam : “Apakah kamu sudah menikah ?” Jabir berkata, ya sudah. Bersabda Rasulullah : “Anak dara atau janda?” Maka saya menjawab, janda. Rasulullah bersabda : “Maka mengapa kamu tidak menikahi anak dara, kamu bisa bermain dengannya dan dia bisa bermain denganmu.”


8. “ … dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (QS. Al Baqarah : 221)


9. “Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Dien dan akhlaknya kamu ridhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakan.” (HR. At Tirmidzi)


10. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (nikah) dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur : 32)


11. Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam : “Jangan membenci seorang Mukmin (laki-laki) pada Mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai.” (HR. Muslim)


12. Al Hasan bin Ali rahimahullah pernah berkata pada seorang laki-laki : “Kawinkanlah puterimu dengan laki-laki yang bertakwa sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika tidak menyukainya maka dia tidak akan menzaliminya.”
Share

Dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dugaan ini, kadang kala kita pasti terleka dengan pujian yang diberi pada kita. Maka lahirnya perasaan takbur dari pujian tersebut yang mana tanpa disedari adalah dugaan Allah kepada kita. Tanpa sedari, jasad yang diagungkan hanyalah semata-mata milik Allah
Share

Dari bayi merah suci yang dilahirkan sehingga sekarang, ibubapa lah antara pendidik utama dalam kehidupan seharian. Ketika berada didalam kesusahan mereka juga lah antara tempat untuk kita meluahkan masalah. Tapi apakah kita juga turut menyenangkan mereka. Dalam mencapai gelaran anak yang soleh, sudahkah kita membuat bakti dan sentiasa menggembirakan mereka. Malah yang lebih menyedihkan
Share

Salah satu petanda kiamat yang kita tahu ialah zina yang bermaharajalela seperti mana yang telah dinyatakan dalam sebuah hadis riwayat Al-bukhari. Seperti yang kita nampak hari ini, zina itu kian dilihat sebagai perkara biasa, malah lebih teruk lagi ada yag melihatnya sebagai salah satu bentuk yang menyeronokkan. Sehingga berlaku banyak kes buang bayi, lahirnya anak luar nikah dan paling teruk sekali
Share

Tatkala kesusahan datang membelenggu, antara pilihan yag pasti kita buat adalah berhutang. Tapi beringatlah, hutang adalah suatu yang tidak boleh diambil mudah atau dipandang remeh. Sekiranya kita berhutang, jadi segerakanlah membayarnya apabila mampu kerana makin banyak beban yang dipikul pasti lebih berat perjalanan yang kita hadapi seterusnya-bukan sahaja di dunia malah juga akhirat. Kesan tidak membayar  hutang juga boleh dibawa mati sehingga terdapat hadis yang menyatakan roh orang mati akan tergantung diawangan selagi hutang tidak diselesaikan oleh warisnya. Jadi adalah lebih baik sekiranya kita kurangkan berhutang dan lebih baik lagi mengelakkan hutang. Antara beberapa hadis tentang hutang :-
Share

Bersediakah kita dengan kematian yang akan menjemput kita? Cukupkah apa yang kita lakukan sebagai bekalan untuk dibawa bersama? Bersedia atau tidak, mati itu pasti telah lama bersedia untuk kita. Saat sakaratul maut berkunjung tiba, tiada siapa dapat membantu. Tiada sudah ibubapa yang banyak membantu kita, tiada sudah rakan karib yang sentiasa berkongsi masalah bersama, serta tiada sudah adik beradik dan sanak saudara yang sentiasa bergurau senda untuk menghiburkan kita.. Untuk itu, sentiasalah kita bersedia bagi menghadapi ajal maut yang pasti akan berkunjung bila-bila masa sahaja.
Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best nie.. tekan play jer --->

Blogger Template by Blogcrowds