Islamic Chalighraphy

Dari bayi merah suci yang dilahirkan sehingga sekarang, ibubapa lah antara pendidik utama dalam kehidupan seharian. Ketika berada didalam kesusahan mereka juga lah antara tempat untuk kita meluahkan masalah. Tapi apakah kita juga turut menyenangkan mereka. Dalam mencapai gelaran anak yang soleh, sudahkah kita membuat bakti dan sentiasa menggembirakan mereka. Malah yang lebih menyedihkan
hari ini ialah meningkatnya jumlah warga emas yang telah dihantar ke rumah kebajikan ataupun rumah orang-orang tua oleh anak-anak meraka. Apakah dengan menghantar mereka ke jabatan kebajikan atau rumah orang-orang tua dapat menggembirakan hati mereka? Adakah kita akan berbahagia setelah menghantar mereka kesana? Selamatkah kita di akhirat nanti? Ingatlah! Apa yang kamu lakukan hari ini pasti Allah akan membalasnya suatu hari nanti. Maka gembirakanlah mereka sebaiknya sebelum hembusan nafas terakhir seperti mana mereka menggembirakan kita ketika menyambut kita datang ke dunia ini. Sayangilah mereka. Begitu besar darjat mereka telah dijelaskan dalam Al-quran dan hadis:-

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. 

[al-Nisa’ 4:36]


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. 

[al-Isra’ 17:23]


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

[Riwayat al-Hakim]


DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

[Riwayat Muslim]


Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

[Bukhari]


Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya.”

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim] ; Rujuk Mukhtasar Sahih al-Bukhari 14, Mukhtasar sahih Muslim 23





Share

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best nie.. tekan play jer --->

Blogger Template by Blogcrowds