Dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dugaan ini, kadang kala kita pasti terleka dengan pujian yang diberi pada kita. Maka lahirnya perasaan takbur dari pujian tersebut yang mana tanpa disedari adalah dugaan Allah kepada kita. Tanpa sedari, jasad yang diagungkan hanyalah semata-mata milik Allah
, begitu juga dengan kudrat yang dibanggakan juga dari pemberian-Nya. Perasaan takbur yang lahir ini jika tidak dihapuskan dengan Istighfar pasti memakan diri. Yang lebih ditakuti, perasaan ini memakan diri lalu mencipta jalan untuk melabel gelaran 'Tuhan' kepada diri sendiri(hand of god, god of gamblers dan byk lg).
, begitu juga dengan kudrat yang dibanggakan juga dari pemberian-Nya. Perasaan takbur yang lahir ini jika tidak dihapuskan dengan Istighfar pasti memakan diri. Yang lebih ditakuti, perasaan ini memakan diri lalu mencipta jalan untuk melabel gelaran 'Tuhan' kepada diri sendiri(hand of god, god of gamblers dan byk lg).
Dinyatakan dalam hadis iaitu orang yang takbur adalah orang yang paling dibenci oleh Rasullullah dan berada jauh dari Rasullullah pada hari kiamat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
(Riwayat at-Tarmizi)
Namun sebagai manusia pastinya kita takkan terlepas dari salah dan silap. Maka perbanyakkanlah sedekah.
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Bukhari)
Labels: Takbur
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)