Islamic Chalighraphy

Dalam mencapai sebuah perkahwinan yang diberkati dan dirahmati, ikutlah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Begitu mudah sebenarnya dalam mendapatkan sebuah rumahtangga yang bahagia sekiranya kita mengikut apa yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Perkahwinan yang tidak mengikut syariat adalah sama seperti adunan kek yang tidak mengikut sukatan. Yang pastinya, apa yang dikehendaki  tentu takkan diperolehi. Banyak manfaat dalam menjadi Islam sebagai garis panduan kita dalam menempuhi kehidupan rumahtangga dengan penuh kebahagian dan kehamonian. Semoga perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati-Nya. Insyallah.

Share


Sentiasa merasa tertekan dengan segala ujian dan cabaran yang diberi-Nya.. sedangkan setiap kesulitan yang diberi mempunyai hikmah tersembunyi yang pasti datang mengiringi.. Usaha dan kemudian tawakallah hanya pada Allah. Betulkanlah niat kita dalam bertawakal.. usah lah berharap pada makhluk tapi memohon lah pada Allah SWT dalam mencapai kejayaan pada apa yang kita usahakan. Insyallah kejayaan pasti datang mengiringi..
Share


Disaat kita berada didalam kesenangan dan sempurna kesihatan tubuh badan, ambillah peluang untuk mengingati Allah dengan membasahi lidah dengan berzikir. 

Share

Wanita merupakan kaum yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Islam. Walaupun barat mengatakan Islam merendahkan hak wanita dalam kebebasan. Tetapi setiap apa yang diaturkan-Nya melalui Islam untuk wanita adalah panduan hidup yang mengangkat darjat wanita itu sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 216)

Share

Terdapat beberapa hadis yang menghuraikan tentang berdoa. Berdoa amat penting terhadap kita dalam memohon keredhaan dan keberkatan dari-Nya. Dalam memastikan doa yang dipohon dimakbulkan, terdapat beberapa hadis menerangkan tentang doa.


Share

Perlukan teknik pemakanan yang betul? Inginkan rahsia disebalik badan yang sihat? 


Share

Walupun wuduk hanya memerlukan waktu yang singkat untuk menyempurnakannya, tetapi haruslah diigat bahawa terdapat bayak manfaat serta fadhilat terhadap ibadah yang dianggap mudah itu..

Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best nie.. tekan play jer --->

Blogger Template by Blogcrowds