Islamic Chalighraphy

Salah satu petanda kiamat yang kita tahu ialah zina yang bermaharajalela seperti mana yang telah dinyatakan dalam sebuah hadis riwayat Al-bukhari. Seperti yang kita nampak hari ini, zina itu kian dilihat sebagai perkara biasa, malah lebih teruk lagi ada yag melihatnya sebagai salah satu bentuk yang menyeronokkan. Sehingga berlaku banyak kes buang bayi, lahirnya anak luar nikah dan paling teruk sekali
dihalau keluarga keluar dari rumah akibat mencalarkan maruah keluarga setelah mendapat tahu mengandung anak luar nikah. Islam itu panduan, petunjuk serta penjamin kita dunia dan berjaya di akhirat. Gunakanlah panduan islam itu untuk melindungi diri kita, keluarga kita serta saudara kita daripada terjebaknya dengan zina. Antara punca yang menyebabkan terjabaknya diri dengan zina adalah kerana tidak menutup aurat. Pemakaian yang terlalu ketat, menampakan sebahagian 'perhiasan' adalah antara punca yang membawa nafsu serakah terjun kearah keterlajuran yang paling hina disisi Allah SWT. Semuanya adalah berpunca dari tidak mengikut laluan yang betul yang mana telah siap disediakan oleh Allah SWT. Pakailah tudung dengan sempurna, tutuplah auratmu supaya tinggi darjatmu disisi Allah SWT. Apabila saranan agama sentiasa diikut, pasti Allah melindungmu dari zina.


Jauhilah zina, sesungguhnya Allah begitu membenci orang yang berzina, seperti diriwayatkan dalam hadis:

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,”- kata Muawiyah, “juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu: 1) Orang tua penzina; 2) Raja (penguasa) yang pembohong ; 3) si miskin yang sombong.”
(Riwayat Muslim)

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan katanya : “Aku bertanya : “ Ya Rasulullah! Manakah satu dosa yang paling besar? Baginda bersabda : “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Ia yang menciptakan engkau. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau membunuh anak mu kerana takut ia makan bersama mu. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau berzina dengan isteri jiran mu.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan at-Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ” 
(Riwayat al-Bazzar)

Dari Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak halal darah seorang muslim yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mengakui aku Rasulullah, melainkan dengan tiga perkara: 1) Seorang janda yang berzina, 2) seorang pembunuh yang harus dibunuh, 3) seorang yang keluar dari dari agamanya (Islam), lalu dia berpisah dari jamaah muslimin.”
(Riwayat Muslim)

Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seorang sahabat bertanya,:”Apakah haraj itu ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!”(Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan”.
(Riwayat al-Bukhari)
Share

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

best nie.. tekan play jer --->

Blogger Template by Blogcrowds